Wednesday, 16 April 2014

Sweet Tree Cafe Ampang

Assalamualaikum...hellooooo
nak cerita sikit kat blog ni. Hari Isnin yang lepas sempat la menghabiskan masa dengan kawan2 #thejobos. Sebelum diorang balik ke rumah masing2 aku cadangkan makan dekat korean cafe dekat Ampang. Nama cafe ni Sweet Tree Cafe. Decoration kedai ni memang comel sangat. Macam cafe2 yang aku jumpa dekat Seoul. Susah nak cari tempat cute macam ni dekat KL sebab tak banyak yang ada. Kat sini bukan je ada makanan korea tapi ada jugak makanan Western, nasi goreng. So, siapa yang tekak Melayu sangat tu boleh la makan nasi kalau tak nak cuba makanan korea. Ni kiranya kali kedua aku dah pergi kedai ni. Apa menu sedap kat sini? Aku suggest bulgogi plate, Topokki pon sedap jugak. Fish n Chips kat sini pon not bad. Tapi pernah makan Jajangmyun kat sini. Rasa sedikit menyesal la. Maybe tak kena dengan anak tekak kot. Tapi makanan yang lain semua sedap. Tak rugi rasa makan kat sini. Price pon affordable la. Time tu nak order bulgogi plate tapi maybe sebab kita orang pergi awal sangat. Diorang pon baru nak mengemas. Bahan2 masih tak cukup. Terpaksa la order Western food . Air pulak aku pilih Green Tea Latte. Sedap giler weyyy...Kawan2 yang lain ada yang order topokki, ada yang order chicken chop, ada yang order spaghetti.




Kalau makan kat sini memang wajib akan dapat side dishes. Sayur2 jeruk style korea tu dan paling2 wajib mestilah kimchi kan. takde kimchi tak korea la gitu. Sayur jeruk tu makan dengan bubur yang dia bagi. Sedap jugak la. Tapi bab kimchi ni, walaupun aku ni peminat tegar kpop, minta maaf la, memang kimchi tu tak kena dengan tekak. Kombang tekak rasa


Tempat ni amatlah aku suggest kalau nak lepak dengan kawan, borak2 , sambut birthday ke, sebab sangat cozy. Time aku pergi dapat bilik khas sebab kami ramai. 



 Kesian gemok ni. daripada ari tu aku tgk dia sorang2 je kat sini. hehehe

kat sini semua majalah korea. Siapa yang pandai baca hangul tu boleh la baca eh


Menarik tak tempat ni. Try la pergi ok. 
BYeeeeee

3 comments:

Shafiqqah Shafie said...

Wah macam menarik jee hihiks thanks for the recommendation 😎😎

Cik Fafa said...

nice. makanan pun nampak sedap. tapi jauh sangat la pulak. huhu =)

Liza Nova said...

Hye dear.. i letak pautan link entry ini di blog i.. entry you menarik!

http://novaleeza.blogspot.com/2015/04/restoran-sweetree-makanan-korea-yang.html