Sunday 13 December 2015

cute theme cafes Seoul, Korea

hai. walaupun cerita ni dah lapok tapi mesti nak kena cerita jugak before habis 2015. Entry yang lepas kisah shopping, kali ni nak cerita cafe yang comel2 dekat korea ni. Semua pon memang tahu korea ni nak cute je kan sampai cafe diorang pon comel sangat. First cafe yang aku pergi kat Insadong tapi tak ingat nama cafe. Decoration cafe ni sangat2 la comel dan suasana yang sangat cozy. Oppa2 pon boleh tahan jugak. Gegirl malu :) Tapi satu cawan kopi convert duit kita...hmmm...telan air liur. *pujuk hati jangan menyesal. Sebab kan ergi musim winter pendek kata berapa banyak kali la singgah cafe tapi bukan la setiap hari. pokai duit mama. hahaha.....Rasa nak berjimat tu pergi lah beli kopi kat G25 dalam cawan kertas tu kan. ok la dari menggigil kesejukan. Ni la antara gambar yang ada ...

Cafe dekat Insadong

Tak korea la kalau takde ayat2 cinta tergantung kat cafe kan





Hello Kitty Cafe
Cafe kedua yang comel aku pergi Hello Kitty cafe. Yang ni memang orang akan singgah kalau ke Korea kan. so memang wajib la nak singgah. dekat pulak dengan guesthouse yang aku duduk tu. tapi tu la walaupun dekat last minute jugak singgah .Petang before nak balik kl. Cafe ni hmm....aku tak suka sangat la sebab ramai orang , bising dan kelam kabut tapi maybe kalau pergi time orang tak ramai syok jugak kot. Thank you pada onni yang sanggup layan aku ambik gambar dalam kesejukan. Sian onni tu. Sebab mama dah kepenatan, terpaksa panggil sesiapa je yang kat situ tolong ambikkan gambar. hahaha.... Kat sini macam biasa la mama mesti order americano dia tu. Aku try green tea latte. Sebab nak gambar hello kitty tu je pon. Sanggup ! hahaha...Cafe ni terletak dekat hongdae. Kalau nak pergi sini boleh naik subway line tu. Exit tu pepandai la cari. tak ingat. 

  Hello Kitty Cafe



dapat katil and tilam macam ni comel tak sanggup nak kotorkan dengan air liur basi kita

Nampak macam biasa je kan, sejuk nya huh....tak sangka boleh berjalan dengan sejuk macam ni

ni la hah green tea latte, nak sangat kepala hello kitty tu kan

Thanks Nature Cafe

Malam tu lepas singgah hello kitty ternampak la cafe kambing yang selalu masuk tv sebab owner dia bawak kambing tu jalan2 tengah bandar. Punya la excited. Mama sanggup la pulak nak layan kan. Masuk2 je bau kambing tu memang dah ada la. Mama pulak "apa ni dik? keluar la"....hahhaa......faham2 je la bau apa kan. Tapi kambing tu dekat luar. So kita boleh je makan dengan aman dalam cafe tu. Nama cafe ni Thanks Nature Cafe. Nature sangat kan. Kat sini lagi sekali mama and aku order coffee. Lagi sekali aku order latte. Manis melekat tekak dibuatnya. hahaha..Dan mama tetap dengan americano. Thanks Nature Cafe ni terletak dekat Hongdae, Seoul tak jauh dari Hello Kitty cafe ni. So boleh la singgah alang2 ada kat hongdae tu. Naik subway line 2 okay. Berhenti dekat Hongik station. Lupa nak bg tau kawasan dekat dengan Hongik University so memang tempat lepak orang muda. Hipster la gitu. 

Thanks Nature Cafe Hongdae, Seoul



Caffe Bene

Ni pulak Caffe Bene, dekat sangat dengan guesthouse yang aku duduk tu. Lintas jalan je. Caffe Bene ni biasa je macam dekat Malaysia. Sama je konsep nya tapi yang buat cafe ni luar biasa sebab ni tempat shooting Drama Spy Myung Wol. Korang tahu kot drama ni lagi2 kalau minat Shinhwa kan. Tu la yang special nya. Hehe


Nampak ni...balik Malaysia terus buka drama ni sebab nak kepastian. Pastu mula la "hah, tu tempat aku duduk" hahahha

Roti ni sama je macam dekat Malaysia

Thursday 19 February 2015

Tips ke Korea- Shopping around Seoul

Myeondong
Nak ke Myeondong tak susah. Korang boleh pilih line 2 or 4. Sebab aku dari hongik university jadi aku ambilik line 2 terus ke euljiro il-ga exit 5. Exit tu kalau boleh jangan salah pulak sebab nanti nak menapak kemain jauh. Lagi sedih bila kau tak tau nak pergi mana nanti. Dekat Myeondong ni ada jual banyak barang2 cosmetics. Semua produk Korea ada termasuk The face shop, Etude House, Innisfree, Skin food dan banyak lagi produk sampai tak ingat nama. Lagi best shopping kat sini berbanding Malaysia dah la harga memang separuh dari harga kat Malaysia, lepas tu diorang ni memang suka bagi gift. Macam2 la yang dibaginya , foundation ada, toner ada, losyen pon ada. Sebagai seorang perempuan memang la rasa rugi kalau aku tak beli.






Dongdaemun
Dongdaemun ni memang tempat shopping yang sangat besar. Semua jenis baju boleh dapat dekat sini. Tapi sebab pergi musim winter, memang winter coat je la yang ada. Bukan tu je , Sutera Korea pon boleh dapat dekat Dongdaemun. Yang ni mak2 suka la kot. Tapi sebab tak merancang shopping. aku tak masuk sangat la semua tempat ni. Cuma pergi jalan, makan street food, dan balik. tapi before balik singgat dekat Dongdaemun history and culture park. Sebab nampak tempat ni menarik untuk lokasi pengambilan gambar, lama jugak la kat situ dengan camera. Nak ke sini korang boleh turun dekat Dongdaemun station subway line 1 or 4 exit 8 or 9.

Ewha University

Shopping kat sini pon agak menarik cuma mahal sikit la, tapi kalau korang boleh pandai pujuk2 onni and oppa kat situ boleh kot kurang harganya. Kat sini memang kawasan university. Korang boleh dapat make up, baju, accessories kat sini. Konon2 nak cari baju winter coat mama kat sini. Dengan aku sekali angkut. Pandai pulak onni tu pujuk beli. Dapat la discount sikit. Boleh la dari takde kan. Korang boleh jugak lawat Ewha University jugak. Boleh tahan cantik jugak la university ni. Ramai pelancong datang ambik gambar. Posing macam2 bentuk depan universiti ni. Nak ke sini tak susah. Boleh guna subway line 2 exit 2 or 3. Cuma kena jalan sikit la dari subway tu. Takpe, sambil jalan sambil cuci mata kan.




Insadong
- Insadong ni banyak jual barang2 macam kraftangan. Siapa yang berminat boleh la pergi sini. Kalau nak beli souvenir untuk kawan2 ke, family ke, suadara mara ke, kat sini la tempatnya selain Namdaemun. Time aku pergi dulu siap jumpa pelakon kat sini tau. Apa entah nama pak cik tu tapi memang asal drama korea muka dia je. Seronok pulak rasa. hahaha....Insadong ni jugak famous dengan street food. macam2 boleh jumpa kat sini contohnya Odeng, Hottoek, bungeoppang dan macam2 lagi.





Namdaemun
- Namdaemun ni pasar. Kat sini la nak cari brooch ke, souvenir ke, jeju chocolate, ginseng tea dan banyak lagi la ada jual. Periuk belanga, baju semua ada jual dekat sini. Banyak ajumma and ajossi kat sini pon dah kenal dengan orang Malaysia. Ayat diorang "Apa khabar", "Mari sini", "Murah-murah". Mak cik tu siap cakap dalam bahasa korea dengan aku. Dengan basic yang aku ada boleh la balas sikit. Satu hal nya orang korea ni kalau cakap dengan kita confident je cakap bahasa dia. Ada dia kisah. Kita pon kena bangga dengan bahasa kita. Confident je aku jawab bahasa malaysia. hahahaha

Hongdae 
- Hongdae ni tak payah cakap la. Memang tempat favourite aku. pendek kata hampir setiap malam la pergi hongdae. Suka tengok kawasan yang memang sentiasa ramai siang malam. Hongdae ni kawasan orang muda. Banyak jual baju berfesyen, accessories comel2 dan murah. Kasut, handbag, barang cosmetics semua ada. Dari barang jenama ke yang takde jenama semua korang boleh cari kat sini.  Kalau nak barang2 made in Korea pon semua kat sini. Kalau convert kan ke duit kita beratus jugak la aku habis shopiing kat sini. Memang syok sangattt...Kat sini korang boleh lepak sambil dengar street performance. Memang best...ada yang menari, ada yang rap, macam2 la.Kat sini jugak banyak cafe yang comel2. Aku sempat la singgat Hello Kitty cafe, The Nature's cafe. Sangat menarik. Nak ke sini tak susah. Korang boleh naik subway line 2 and exit 9. Dekat situ memang semua kawasan Hongdae.








Rasanya ni je la tempat tourist attraction, tapi kalau korang rajin survey la lagi tempat2 menarik untuk beli belah. Seoul ni memang besar. Sebab masa terhad ni je la tempat yang aku dapat cover.



Wednesday 11 February 2015

Tips ke Korea

Anyeonghaseyo. Ok. Dah lama sangat tak post entry dekat blog. This time nak cerita sikit pengalaman ke Korea Selatan. Masuk ni dah tiga kali aku pergi. Kenapa nak pergi tempat sama? sebab oppa semua kat sana. hahahhaa

Bertolak dari Malaysia pada 29 Januari 2015 pukul 7.35. Sampai Korea dalam pukul 3 petang. Sampai sana terus cari convenience store nak beli T-Money card. T -money card ni kiranya macam Touch n go kita la. Korang boleh guna kat mana2 je termasuk subway, bas dan kadang2 ada taxi yang accept T-money card ni. Pendek kata isi je anggaran berapa lama korang tinggal kat Korea lepas tu guna je kad tu untuk trnsportation. Sebab aku tinggal kat sini lebih kurang nak dekat 2 minggu, so aku decide isi dalam 40,000 won. Lepas tu terus naik train dari airport terus ke stesen Hongik University sebab guesthouse yang aku duduk tu dekat area Hongdae.

Cerita pulak pasal guesthouse, kenapa aku pilih Boa Guesthouse. Sebab guesthouse ni sangat pentingkan orang Islam macam kita yang susah nak cari makanan halal dekat Korea. Peralatan memasak untuk orang muslim akan diasingkan dan orang muslim je tau password untuk bukak laci kat dapur tu. Diorang ada jugak sediakan bilik solat dekat tingkat 5. Selain tu kalau nak order makanan halal kat sini pon boleh contohnya macam ikan bakar mackerel, sondobue jigae, bibimbap. So memang selesa la kalau duduk kat sini.  Kalau korang memang selalu duduk sini, staff diorang akan bagi discount and korang akan dapat membership card. Tak ke untung macam tu. Jadi sebabkan muka aku memang akan duduk sini bila gi korea, dapat la discount 20%.

Dalam banyak2 tempat dekat Korea, aku memang suka Hongdae sebab kat sini kedai2 memang buka sampai malam. Tiap2 malam akan ada street performance. So, sambil cuci mata boleh la dengar oppa menyanyi. auuwww...hahhaaha

Sampai je sana pastikan korang dapatkan maps dekat tourist information counter. Sebab semua tempat2 dekat Korea ni besar. Nanti tak tahu mana jalan balik. And kalau boleh survey jugak discount yang kita boleh dapat sebab selalunya tempat pelancongan kat sini akan bagi discount untuk foreigner contoh macam Everland. Korang boleh buka laman web atau  Dan jangan lupa kalau beli cosmetics jangan buang pulak resit sebab nanti korang boleh dapatkan tax refund dekat airport sebab cosmetics kat sini semua tax free. 

Sebabkan sampai Korea dah petang dan cuaca yang sangat sejuk tak terkata, aku decide duduk je dalam bilik. Esok pagi baru rancang pergi mana. hehe

Next entry nanti aku akan ceritakan tempat menarik nak membeli belah dekat sini

 Tungguuuuuu.....