Thursday 19 February 2015

Tips ke Korea- Shopping around Seoul

Myeondong
Nak ke Myeondong tak susah. Korang boleh pilih line 2 or 4. Sebab aku dari hongik university jadi aku ambilik line 2 terus ke euljiro il-ga exit 5. Exit tu kalau boleh jangan salah pulak sebab nanti nak menapak kemain jauh. Lagi sedih bila kau tak tau nak pergi mana nanti. Dekat Myeondong ni ada jual banyak barang2 cosmetics. Semua produk Korea ada termasuk The face shop, Etude House, Innisfree, Skin food dan banyak lagi produk sampai tak ingat nama. Lagi best shopping kat sini berbanding Malaysia dah la harga memang separuh dari harga kat Malaysia, lepas tu diorang ni memang suka bagi gift. Macam2 la yang dibaginya , foundation ada, toner ada, losyen pon ada. Sebagai seorang perempuan memang la rasa rugi kalau aku tak beli.






Dongdaemun
Dongdaemun ni memang tempat shopping yang sangat besar. Semua jenis baju boleh dapat dekat sini. Tapi sebab pergi musim winter, memang winter coat je la yang ada. Bukan tu je , Sutera Korea pon boleh dapat dekat Dongdaemun. Yang ni mak2 suka la kot. Tapi sebab tak merancang shopping. aku tak masuk sangat la semua tempat ni. Cuma pergi jalan, makan street food, dan balik. tapi before balik singgat dekat Dongdaemun history and culture park. Sebab nampak tempat ni menarik untuk lokasi pengambilan gambar, lama jugak la kat situ dengan camera. Nak ke sini korang boleh turun dekat Dongdaemun station subway line 1 or 4 exit 8 or 9.

Ewha University

Shopping kat sini pon agak menarik cuma mahal sikit la, tapi kalau korang boleh pandai pujuk2 onni and oppa kat situ boleh kot kurang harganya. Kat sini memang kawasan university. Korang boleh dapat make up, baju, accessories kat sini. Konon2 nak cari baju winter coat mama kat sini. Dengan aku sekali angkut. Pandai pulak onni tu pujuk beli. Dapat la discount sikit. Boleh la dari takde kan. Korang boleh jugak lawat Ewha University jugak. Boleh tahan cantik jugak la university ni. Ramai pelancong datang ambik gambar. Posing macam2 bentuk depan universiti ni. Nak ke sini tak susah. Boleh guna subway line 2 exit 2 or 3. Cuma kena jalan sikit la dari subway tu. Takpe, sambil jalan sambil cuci mata kan.




Insadong
- Insadong ni banyak jual barang2 macam kraftangan. Siapa yang berminat boleh la pergi sini. Kalau nak beli souvenir untuk kawan2 ke, family ke, suadara mara ke, kat sini la tempatnya selain Namdaemun. Time aku pergi dulu siap jumpa pelakon kat sini tau. Apa entah nama pak cik tu tapi memang asal drama korea muka dia je. Seronok pulak rasa. hahaha....Insadong ni jugak famous dengan street food. macam2 boleh jumpa kat sini contohnya Odeng, Hottoek, bungeoppang dan macam2 lagi.





Namdaemun
- Namdaemun ni pasar. Kat sini la nak cari brooch ke, souvenir ke, jeju chocolate, ginseng tea dan banyak lagi la ada jual. Periuk belanga, baju semua ada jual dekat sini. Banyak ajumma and ajossi kat sini pon dah kenal dengan orang Malaysia. Ayat diorang "Apa khabar", "Mari sini", "Murah-murah". Mak cik tu siap cakap dalam bahasa korea dengan aku. Dengan basic yang aku ada boleh la balas sikit. Satu hal nya orang korea ni kalau cakap dengan kita confident je cakap bahasa dia. Ada dia kisah. Kita pon kena bangga dengan bahasa kita. Confident je aku jawab bahasa malaysia. hahahaha

Hongdae 
- Hongdae ni tak payah cakap la. Memang tempat favourite aku. pendek kata hampir setiap malam la pergi hongdae. Suka tengok kawasan yang memang sentiasa ramai siang malam. Hongdae ni kawasan orang muda. Banyak jual baju berfesyen, accessories comel2 dan murah. Kasut, handbag, barang cosmetics semua ada. Dari barang jenama ke yang takde jenama semua korang boleh cari kat sini.  Kalau nak barang2 made in Korea pon semua kat sini. Kalau convert kan ke duit kita beratus jugak la aku habis shopiing kat sini. Memang syok sangattt...Kat sini korang boleh lepak sambil dengar street performance. Memang best...ada yang menari, ada yang rap, macam2 la.Kat sini jugak banyak cafe yang comel2. Aku sempat la singgat Hello Kitty cafe, The Nature's cafe. Sangat menarik. Nak ke sini tak susah. Korang boleh naik subway line 2 and exit 9. Dekat situ memang semua kawasan Hongdae.








Rasanya ni je la tempat tourist attraction, tapi kalau korang rajin survey la lagi tempat2 menarik untuk beli belah. Seoul ni memang besar. Sebab masa terhad ni je la tempat yang aku dapat cover.



No comments: